• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr Rosazlin Abdullah dari Program Pengurusan Sains Alam Sekitar di atas perkongsian ilmu di akhbar iGen, Kosmo, 9 Mei 2022. 

Program pemindahan ilmu kepada komuniti “Penggunaan Biochar sebagai Media dalam Sistem Hidroponik telah diadakan oleh penyelidik dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains bagi memberi pengetahuan dan perkongsian maklumat tentang penggunaan biochar boleh dijadikan sebagai alternatif dalam penanaman hidroponik. Program ini dianjurkan dnegan kerjasama ZS Hidro Farm dan Malaysian Institute of Sustainable Agriculture (MISA). Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Pertanian Daerah Klang, Encik Ahmad Nazri bin Abdullah Zawawi serta wakil daripada agensi kerajaan, syarikat swasta, penduduk setempat dan pengusaha hidroponik. Inisiatif UM ini dapat membantu meningkatkan kualiti dan kesuburan tanaman, mengatasi masalah pertumbuhan alga serta membantu pengurusan sisa pertanian.

Ketua ISB