• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

Pelajar ISB@Kosmo 22 Mac 2021

Pengalaman dan minat pelajar tahun akhir, Program Pengurusan Alam Sekitar , Chong Bee Lynda telah di kongsikan di ruangan Gadis Kampus, Media Kosmo. Meskipun sibuk dengan harian sebagai mahasiswa di Universiti Malaya (UM), pelajar berusia 24 tahun ini tetap aktif meluangkan masa untuk aktiviti kitar semula. Beliau sentiasa terus berusaha menyedarkan orang di sekeliling termasuk ahli keluarga mengenai pentingnya mengamalkan kitar semula dalam kehidupan seharian. Bee Lynda juga turut terlibat dalam anjuran universiti dan kolej kediaman ke luar negara. Bagi beliau, setiap mahasiswa harus terlibat dalam aktiviti luar dewan kuliah sama ada persatuan atau sukan untuk pembangunan diri. Namun dalam masa yang sama, tidak pernah sekali megabaikan pelajaran.    avatar   


Ketua ISB