• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr Hasmahzaiti Omar dari Program Ekologi Biodiversiti atas perkongsian ilmu mengenai Cencurut mamalia unik.

Adakah anda tahu apa itu cencurut? Cencurut merupakan haiwan mamalia kecil yang terdiri daripada pelbagai spesies dengan saiznya yang kecil menjadikan haiwan ini unik berbanding mamalia daratan yang lain. Cencurut boleh dijumpai di kawasan bandar, taman rekreasi hutan lipur dan hutan belantara. Haiwan ini sering disalah tafsir oleh masyarakat umum dengan menganggap berada dalam kumpulan sama dengan tikus. Perbezaan ketara antara cencurut dan tikus adalah muncungnya yang panjang, pergerakan pantas menyusur dinding walaupun mempunyai penglihatan kabur dan mengeluarkan bau yang busuk dari kalenjar di bahagian bawah badan untuk tujuan pertahanan diri dari musuh. Serangga kecil seperti cengkerik, belalang dan kumbang serta cacing tanah merupakan pilihan utama makanan cencurut.    avatar   

Pautan: Kenali Cencurut Mamalia Unik


Ketua ISB