• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

ISB@Kosmo 21 September 2020

Pelajar-pelajar daripada Program Sains Pengurusan Alam Sekitar (SPAS), Institut Sains Biologi telah melibatkan diri daalm program Jalinan Masyarakat di Kampung Gajah Perak dengan objektif memupuk sifat kepimpinan, menerapkan sikap keprihatinan selain memberi kesedaran kepada mahasiswa terhadap pembangunan modal insan, Program ini mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Zon Perak Tengah, Majlis Daerah Perak Tengah, Jabatan Belia dan Sukan, dan Jabatan Pendidikan.Program berlangsung selama empat hari tiga malam itu padat dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti dirumah kebajikan, anak-anak yatim, bersama pelajar sekolah menengah dan rendah, bersukan bersama belia dan kebudayaan bersama komuniti setempat. Aktiviti diadakan bersama pelbagai lapisan masyarakat dan usia adalah supaya pelajar dapat pendedahan sepenuhnya tentang isu kemasyarakatan. Program Jalinan Masyarakat adalah selari dengan 10 nilai teras UM iaitu melahirkan mahasiswa yang mempunyai tanggungjawab sosial dan cemerlang dari segi akademik serta berbakti kepada masyarakat. Program ini memberi kesan positif kepada pelajar terutamanya mereka yang tinggal di bandar supaya lebih memahami situasi masyarakat di kampung.    avatar   


Ketua ISB