• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

Sekalung tahniah diucapkan kepada Aidi Haidzil Johan dan Dr Hasmahzaiti Omar dari Program Ekologi Biodiversiti atas perkongsian ilmu mengenai Plastik Punca Haiwan Liar Terancam.

Plastik merupakan bahan polimer yang digunapakai secara meluas dalam kehidupan seharian. Ia diperbuat daripada beberapa gabungan bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada biokepelbagaian dan alam sekitar. Paus dan penyu antara hidupan laut yang pernah dilaporkan mati akibat termakan plastik. Hasil bedah siasat telah membuktikan bahawa kematian mamalia dan reptilia ini adalah disebabkan oleh mikroplastik iaitu cebisan plastik. Mikroplastik bukan sahaja mengganggu sistem pencernaan haiwan tersebut, malah menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan seterusnya mengakibatkan kematian. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah penggunaan plastik di abad ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyokong sahutan kerajaan,“Katakan Tidak Kepada Plastik”. (102 p.p)    avatar   

Pautan: Plastik Punca Haiwan Liar Terancam

PM Dr Saharuddin Mohamad
Ketua ISB