• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

Temubual secara langsung warga ISB, Dr. Rosazlin Abdulllah dari Program SPAS di BERNAMA Radio pada:-
Tarikh: 15.03.2021 / Isnin

Dr. Rosazlin Abdullah selaku Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia telah di jemput ke sesi tembubual Bernama Radio untuk berkongsikan sambutan Jubli Emas Persatuan Sains Tanah Malaysia. Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS) telah ditubuhkan pada tahun 1971. Sehingga kini, MSSS mempunyai 1,092 ahli berdaftar di seluruh Malaysia yang berlatar belakang pelbagai bidang profesional dengan objektif penubuhannya adalah untuk mempromosikan sains tanah dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya pemeliharaan tanah dalam konteks pengurusan tanah secara lestari untuk pembangunan negara. Semenjak penubuhan persatuan ini, pelbagai program dan inisiatif telah diadakan untuk memberi maklumat secara terus kepada kerajaan serta rakyat berkenaan penyelidikan, kajian dan teknologi sains tanah terkini dalam meningkatkan kesuburan tanah, meningkatkan produktiviti tanaman, mengurangkan pencemaran tanah, dan mempromosikan teknologi terkini dalam pengurusan tanah secara lestari. Sempena sambutan Jubli EMAS MSSS, pelbagai aktiviti telah dirancang dan diharapkan dengan aktiviti tersebut dapat menarik generasi muda untuk sama-sama memahami tentang sains tanah dan menghargainya serta mengenalpasti bagaimana menjaga kelestariannya demi genarasi masa akan datang.


Ketua ISB