• Welcome to Institute of Biological Sciences
  • ketua_isb@um.edu.my
  • 0379674118
logo
logo

Webinar @ISB - Youth Sustainability Leadership

Kelab Sains Pengurusan Alam Sekitar (Kelab SPAS) telah bekerjasama dengan Badan Profesional Malaysia iaitu Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) bagi penganjuran webinar yang bertajuk Youth Sustainability Leadership. Program ini diadakan secara virtual melalui platform zoom dengan objektif i) untuk memberi kesedaran mengenai perubahan alam sekitar di kalangan belia; ii) Untuk mendorong lebih banyak belia untuk mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan alam sekitar; dan iii) untuk menyediakan platform untuk penglibatan belia dari universiti dan bidang profesional yang berbeza untuk membincangkan peranan belia dalam menangani isu alam sekitar. Program ini di adakan dengan lancar dan teratur dengan Dr. Rosazlin Abdullah sebagai moderator. Program webinar ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Presiden Balai Ikhtisas Malaysia iaitu Ar. Abu Zarim Abu Bakar dan diikuti oleh pembentangan ucaptama oleh Pn. Elina Jani selaku Pengarah Pembangunan Perniagaan daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Centre. Webinar ini dijalankan dengan konsep forum dengan penglibatan 6 panel yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelajar. Presiden Program Sains Pengurusan Alam Sekitar juga terlibat untuk memberi pandangan dan peranan belia dari bidang sains alam sekitar dalam menjaga alam sekitar demi generasi akan datang. Diharapkan program ini dapat memberi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain sebagai pemimpin akan datang dalam menyampaikan pandangan dan berkongsi pendapat bagi menuju pembangunan mapan negara. Video penuh webinar tersebut boleh didapati di Youtube.

   avatar   


Ketua ISB